Wednesday, June 11, 2008

UMNO perbodoh rakyat dengan istillah subsidi petrol



Harga minyak naik kerana kerajaan BN tak sanggup lagi membayar subsidi petrol untuk mengekalkan harga rendah petrol. Itulah yang kita baca dan dengar dari media pembohong sekarang.Ramai mengangap kerajaan BN keluar duit untuk bayar subsidi dan tanggung kos minyak mahal. Semua nya BOHONG BN kepada rakyat."". hendak lah diketahui bahawa 43 % dari harga yang kita bayar untuk selitre petrol yang kita curah dalam kereta kita adalah bayaran cukai kepada kerajaan Dollah Tak Cekap. Ianya sudah dikira dalam harga petrol itu tanpa disedari.. """Oleh kerana malaysia mempunyai minyak dan minyak itu bukan milik Petronas dan kerajaan tetapi milik rakyat , maka minyak di perut bumi terengganu hanya perlu kos korek dan tapis untuk terus di gunakan oleh rakyat. Kalaulah kerajaan mahu memberi free minyak kepada rakya saperti Selangor beri air free pada rakyat maka harga minyak hanya 20 percent dari harga sekarang ia itu 54 sen se litre.
Kalaulah yang bercakap itu adalah Menteri perdagangan Vietnam yang tak ada minyak dalam negaranya..itu mungkin betul. Vietnam tak ada minyak diperut bumi nya maka setiap titik minyak mentah atau petrol mesti dibeli dari negara lain. Yang peliknya , yang bercakap itu adalah PM Dollah UMNO malaysia yang merupakan pengeksport minyak
Kita perlu mengetahui beberapa fakta penting untuk berbincang tentang harga minyak ini.1. hendak lah diketahui bahawa 43 % dari harga yang kita bayar untuk selitre petrol yang kita curah dalam kereta kita adalah bayaran cukai kepada kerajaan Dollah Tak Cekap. Ianya sudah dikira dalam harga petrol itu tanpa disedari.2. Apabila Kerajaan mengatakan kerajaan memberi subsidi ini bermakna kerajaan tidak mengeluarkan duit untuk memberi kepada pengguna tetapi tidak mengambil cukai 43 persen dari jualan minyak.3. Oleh kerana malaysia mempunyai minyak dan minyak itu bukan milik Petronas dan kerajaan tetapi milik rakyat , maka minyak di perut bumi terengganu hanya perlu kos korek dan tapis untuk terus di gunakan oleh rakyat. Kalaulah kerajaan mahu memberi free minyak kepada rakya saperti Selangor beri air free pada rakyat maka harga minyak hanya 20 percent dari harga sekarang ia itu 54 sen se litre.4. Kerajaan masih boleh mentadbir tanpa duit cukai minyak atau menjual minyak mentah dengan mendapat rakyat yang hidup luar paras miskin dan kos perkhidmatan yang sangat murah.5. Tunjuk perasaan 100 ribu adalah legal dan mesti di laksanakan kerana dengan membiarkan kerajaan menentukan bebanan cukai tidak tertanggung kepada rakyat maka kerajaan akan dapat di kawal oleh rakyat.Isu minyak sebahagian besar nya adalah isu kezaliman kerajaan mengenakan cukai tinggi pada rakyat.6. Harga minyak tinggi di pasaran dunia tidak sepatutnya menjadi isu kerana Malaysia bebas tidak mahu menjual minyak kepada orang lain atas alasan rakyat sendiri kekurangan minyak.7. Cadangan kerajaan untuk rakyat mengubah cara hidup adalah berniat menghina kerana rakyat telah tidak dapat menambah pendapatan kerana dasar kerajaan memberi pekerjaan kepada buruh asing8. Dollah patut letak jawatan segera besama menteri rambut putih shahrir kerana mereka berdua telah meletakkan negara dalam keadaan bahaya dengan mengubah struktur ekonomi rakyat dengan tanpa perbincangan dengan rakyat.
Posted by AhmadHadeed at 6:53 PM

Fakta Tentang Petronas
Soalan 2Berikut adalah beberapa soalan yang boleh dikemukakan oleh rakyat Malaysia kepada Petronas Carigali , TCOT dan juga Petronas Penapisan.Soalan 1Berapakah jumlah pengeluaran minyak mentah Malaysia setiap hari , bulan dan tahun ?JawapanMalaysia mengeluarkan sebanyak 750,200 tong minyak sehari , atau 22, 506,000 tong sebulan atau 8,214,690,000 tong setahunSoalan 2 Berapakah jumlah kapasiti pengeluaran kilang penapis minyak milik Petronas di Malaysia
JawapanMalaysia mempunyai kilang menapis minyak dengan kapasiti berikut
i. Kertih , Terengganu 63,500 tong sehari
ii. Melaka Kompleks 1 100,000 tong sehari
iii. Kompleks 2 sebanyak 100,000 tong sehari
Soalan 3
Dari mana punca minyak mentah yang digunakan oleh kilang penapis Petronas di Kertih dan Melaka ?
Jawapan
Semua sumber minyak mentah yang digunakan oleh kilan – kilang penapisan tadi adalah diperolehi dan dibekalkan dari telaga di pesisir pantai Terengganu , iaitu dari jenis Malaysian light, sweet crude
Soalan 4
Terangkan secara ringkas bagaimanakah proses pengerudian , penghantaran , pengasingan dan penapisan dijalankan ?
Jawapan
Minyak yang disalur dari lapangan , offshore oleh Petronas Carigali ke TCOT – Terengganu Crude Oil Terminal , akan melalui proses pengasingan bagi menghasilkan crude oil dan seterusnya dihantar ke Kilang Penapisan Petronas di Kertih dan Melaka untuk proses penyulingan. Sebahagian besar dari crude oil keluaran TCOT tadi akan disalurkan ke Jeti Kertih , bagi tujuan eksport
Soalan 5
Berapakah harga minyak mentah jenis Malaysian light, sweet crude yang digerudi dan digali dari pesisir pantai Terengganu dijual oleh Petronas Carigali kepada Petronas Penapisan Sdn Bhd ?
Jawapan
Tidak diketahui.. Tetapi kemungkinan besar ianya mengikut harga pasaran antarabangsa , walaupun akhirnya nanti hasil minyak tadi adalah untuk dijual dan kegunaan tempatan.
Soalan 6
Adakah Petronas Carigali bersedia menjual dan menetapkan harga minyak mentah kepada Petronas Penapisan , mengikut harga yang lebih rendah , dan tidak mengikut harga pasaran antarabangsa.
Jawapan
Tidak pasti. Tetapi bagi mengaut keuntungan yang lebih besar , adalah elok Petronas Carigali menjualnya kepada Petronas Penapisan mengikut harga antarabangsa, walaupun akhirnya sebenarnya miyak tersebut adalah untuk kegunaan domestik , iaitu rakyat Malaysia.
Soalan 7
Adakah Petronas Carigali , TCOT dan Petronas Penapisan Sdn Bhd bersedia untuk berunding bagi menetapkan harga yang berpatutan iaitu yang lebih rendah , bagi meringankan beban rakyat ?
Jawapan
Tidak pasti. Ini kerana kumpulan Petronas telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri , iaitu dengan kawalan sepenuhnya oleh Perdana Menteri Malaysia.
Soalan 8
Berapakah jumlah pendapatan , perbelanjaan dan keuntungan tahunan Petronas Carigali Sdn Bhd ?
Jawapan
Sila dapatkan laporan tahunan dan audit syarikat
Soalan 9
Berapakh jumlah pendapatan , perbelanjaan dan keuntungan tahunan Petronas Penapisan Sdn Bhd ?
Jawapan
Sila dapatkan laporan tahunan dan audit syarikat
Soalan 10
Berapakah aset terkumpul kumpulan Petronas , jumlah pendapatan , jumlah perbelanjaan , jumlah keuntungan , jumlah royalti yang dibayar kepada negeri Terengganu , Sabah dan Sarawak , sejak tahun 1974 ?
Jawapan
Tidak pasti. Ini kerana tidak ada rekod yang dikemaskini. Semuanya dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri dengan kawalan mutlak Perdana Menteri.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih dengan kerjasama yang diberikan. Maklumat ini adalah untuk tatapan rakyat Malaysia.
Sekian, terima kasih
Nota
Jawapan disediakan bagi tujuan perbandingan dengan ulasan dan jawapan – jawapan yang akan diberikan oleh pihak pengurusan Petronas
Tuan – tuan dan puan – puan boleh membuat perbandingan nanti
Keputusan akhir adalah terpulang kepada budi bicara tuan – tuan dan puan – puan sekalian, samada kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78 sen bagi petrol dan RM1.00 bagi diesel adalah memadai atau perlu dinaikkan lagi bagi menambahkan lagi tahap keuntungan Petronas
Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya berkorban apa sahaja , jiwa raga dan harta benda demi untuk kemajuan dan kekayaan negara , anak cucu kita dan syarikat minyak milik negara kita , iaitu Petronas.

No comments: