Friday, June 13, 2008

Petrol wise subsidy foolish

Itulah pepatah yang paling tepat ke atas keputusan Kerajaan menaikkan harga petrol. Saya minta Menteri Kewangan minta pegawai-pegawai mereka kira balik berapa yang mereka dapat dari kenaikan harga dan berapa yang mereka akan belanjakan bagi “meringankan beban rakyat". Saya sudah buat perkiraan “tidak professional” dan mendapati bahawa dari segi kewangan, it is a zero sum game. Kenaikan harga petrol sebenarnya langsung tidak diperlukan. Kos pengeluaran petrol di Malaysia adalah sekitar RM 0.92 seliter, setelah mengambilkira kos inflasi pengurusan dan senggaraan. Pada harga RM 1.92, industri minyak telah mendapat keuntungan yang besar. Buktinya keuntungan petronas sebagai contoh. Buktinya, Petronas mampu membazir dalam perbelanjaan.Kenaikan harga petrol di dunia, walaupun sehingga RM 200 setong, tidak sedikit pun menjejaskan keuntungan Petronas walaupun pada harga kekal RM 1.92 kerana kos pengeluaran petrol dan diesel di Malaysia tidak berubah. Kenaikan harga hanya akan meningkatkan lagi keuntungan Petronas. Dan meningkatkan lagi hasil cukai Kerajaan.Kenapa ada elemen subsidi? Kerajaan kena jelaskan ini. Selama ini Kerajaan menyuapkan elemen subsidi minyak kepada minda rakyat untuk justifikasi kenaikan harga. Subsidi apa?Kerajaan juga menyuapkan fakta negara lain yang menaikkan harga petrol mereka. Kenapa perlu bandingkan dengan negara yang menaikkan harga? Kenapa tidak bandingkan dengan negara yang harga runcit petrol kekal jauh lebih rendah dari Malaysia?Keputusan menaikkan harga petrol dan diesel bukan sahaja menyebabkan kesukaran kepada rakyat tetapi menimbulkan pelbagai kekecohan pentadbiran dan kewangan. Analisis kos faedah “tidak professional” pula menunjukkan bahawa impaknya adalah negatif. Maknanya keputusan menaikkan harga petrol dan diesel yang disertakan oleh langkah-langkah “meringankan beban rakyat” tidak sepatutnya dilaksanakan.Cadangan saya kepada Menteri Kewangan, sekiranya pegawai-pegawai YAB tidak berkemampuan untuk melakukan perkara yang saya sebut dalam para pertama, saya boleh melakukannya bagi pihak mereka dengan syarat mereka perlu meletak jawatan. Tetapi saya yakin mereka berkemampuan. Saya juga yakin mereka mampu membuat analisis kos faedah ke atas langkah menaikkan harga petrol dan diesel beserta langkah-langkah “meringankan beban rakyat”.Percayalah! Kalau mereka melakukannya secara professional, outputnya akan sama dengan output saya yang "tidak professional"."

No comments: