Friday, June 13, 2008
Murahkah Minyak malaysia
"Rakyat Malaysia membayar petrol sebanyak RM2.70 seliter, lebih murah berbanding rakyat Singapore yang membayar sebanyak RM5.20 seliter.Ironinya, pendapatan perkapita Malaysian ialah USD5000 manakala pendapatan perkapita Singaporean ialah USD25000Harga petrol di Thailand ialah RM3.90 seliter, tetapi adakah kita sedar bahawa harga kereta di Thailand lebih murah RM10,000 berbanding kereta di Malaysia? Rakyat Thailand hanya membayar lesen memandu sekali seumur hidup. Tidak ada kos memperbaharui lesen memandu. Begitu juga dengan cukai jalan. Kita juga terlupa bahawa memandu di lebuh raya enam lines dari Hatyai ke Bangkok adalah percuma tanpa sebarang tol!Apa yang kita rakyat Malaysia perlu bayar ialah: kos memperbaharui lesen memandu setiap satu, dua atau tiga tahun; cukai jalan setiap setahun atau enam bulan; dan juga tol setiap hari (atau setiap 5km)Sering diulang bahawa rakyat Singapura membayar RM5.20 untuk seliter minyak. Kenapa kita tidak menyatakan harga dalam Singapore Dollar SGD kerana gaji mereka di dalam SGD dan bukannya MYR. Kenapa mereka tidak kata orang Perancis membayar RM12 untuk seliter minyak? RM5.20 = 2.20SGD, masih lebih murah berbanding Malaysia jika difikir bahawa Singapura bukannya Negara pengeluar minyak!Mungkin ada menteri yang berfikir bahawa kalau kita berada di Singapura, kita boleh membayar petrol dengan Ringgit Malaysia. Mungkin mereka pernah mengisi RM100 petrol di Singapura dan mendapat 19.23 liter seterusnya mengatakan bahawa kalau mereka mengisi di Malaysia, mereka akan mendapat 37.04 liter!Di dalam ekonomi, Dollar harus dibandingkan dengan Dollar. Ianya ibarat kita membandingkan Epal dengan Epal. Dan bukannya membandingkan bahawa buah Durian di Malaysia jauh lebih murah berbanding Durian di Jepun. Yang jelasnya, Jepun bukannya pengeluar buah Durian!Perhatikan harga jualan petrol di Negara pengeluar petrol:Kalau kita perhatikan, harga Toyota Vios adalah RM89,000..Di pasaran antarabangsa, harga Toyota Vios ialah USD19,000.USD19,000 = RM62,700. Ini bermakna pemilik Vios membayar lebihan RM26,300. Kos RM26,300 ini ialah kos operasi, keuntungan tambahan dan cukai kerana kos mengeluarkan sebiji Toyota Vios adalah USD19,000.RM26,300 / RM625 rebate petrol setiap tahun bermaksud kita menggunakan Vios selama 42.08 tahun.Kita faham bahawa kerajaan memberi rebate sebanyak RM625 setahun, tapi ianya juga bermakna bahawa seseorang perlu menggunakan Vios selama 42.08 tahun bagi mendapat kos sama yang dibayar untuk cukai kerana menggunakan kereta bukan Nasional.Adakah kita akan menggunakan kereta yang sama untuk 42 tahun?Dan sekarang, apabila anda melihat nombor-nombor di atas, adakah ialah adalah subsidi atau penalty? Ianya adalah peningkatan kos, bukan sahaja kos untuk memiliki kereta, malah kos untuk mengerakkan kereta. Harga Coca-Cola 1.5 liter ialah RM3, manakala harga minyak untuk 1.5liter adalah RM4.05.. Jelas bahawa kereta kita lebih banyak minum berbanding kita sendiri!Cukai kereta adalah keuntungan untuk kerajaan. Penjualan petrol adalah keuntungan Petronas (GLC) yang juga ditafsirkan sebagai keuntungan kerajaan. Kerajaan mungkin cuba mengubah tanggapan kita dengan memaksa kita memerhati kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Ramai di antara kita tertipu, tapi kalau anda berfikir ketika membaca artikel ini, apa yang kita baca di media utama adalah sekadar racun.Kita sedar bahawa kos minyak di harga antarabangsa ialah USD130 setong. Kita sedar bahawa harga minyak dunia naik setiap hari. Persoalannya, kenapa saintis antarabangsa masih bertentangan pendapat dengan kenaikan harga minyak? Ramai menyalahkan Bush dan kumpulannya di seluruh dunia, ramai menyalahkan perubahan cuaca dunia, dan ada yang menyatakan bahawa perigi minyak semakin mengurang hasilnya.Rakyat Malaysia membayar petrol sebanyak RM2.70 seliter, lebih murah berbanding rakyat Singapore yang membayar sebanyak RM5.20 seliter.Ironinya, pendapatan perkapita Malaysian ialah USD5000 manakala pendapatan perkapita Singaporean ialah USD25000Harga petrol di Thailand ialah RM3.90 seliter, tetapi adakah kita sedar bahawa harga kereta di Thailand lebih murah RM10,000 berbanding kereta di Malaysia? Rakyat Thailand hanya membayar lesen memandu sekali seumur hidup. Tidak ada kos memperbaharui lesen memandu. Begitu juga dengan cukai jalan. Kita juga terlupa bahawa memandu di lebuh raya enam lines dari Hatyai ke Bangkok adalah percuma tanpa sebarang tol!Apa yang kita rakyat Malaysia perlu bayar ialah: kos memperbaharui lesen memandu setiap satu, dua atau tiga tahun; cukai jalan setiap setahun atau enam bulan; dan juga tol setiap hari (atau setiap 5km)Sering diulang bahawa rakyat Singapura membayar RM5.20 untuk seliter minyak. Kenapa kita tidak menyatakan harga dalam Singapore Dollar SGD kerana gaji mereka di dalam SGD dan bukannya MYR. Kenapa mereka tidak kata orang Perancis membayar RM12 untuk seliter minyak? RM5.20 = 2.20SGD, masih lebih murah berbanding Malaysia jika difikir bahawa Singapura bukannya Negara pengeluar minyak!Mungkin ada menteri yang berfikir bahawa kalau kita berada di Singapura, kita boleh membayar petrol dengan Ringgit Malaysia. Mungkin mereka pernah mengisi RM100 petrol di Singapura dan mendapat 19.23 liter seterusnya mengatakan bahawa kalau mereka mengisi di Malaysia, mereka akan mendapat 37.04 liter!Di dalam ekonomi, Dollar harus dibandingkan dengan Dollar. Ianya ibarat kita membandingkan Epal dengan Epal. Dan bukannya membandingkan bahawa buah Durian di Malaysia jauh lebih murah berbanding Durian di Jepun. Yang jelasnya, Jepun bukannya pengeluar buah Durian!Perhatikan harga jualan petrol di Negara pengeluar petrol:Kalau kita perhatikan, harga Toyota Vios adalah RM89,000..Di pasaran antarabangsa, harga Toyota Vios ialah USD19,000.USD19,000 = RM62,700. Ini bermakna pemilik Vios membayar lebihan RM26,300. Kos RM26,300 ini ialah kos operasi, keuntungan tambahan dan cukai kerana kos mengeluarkan sebiji Toyota Vios adalah USD19,000.RM26,300 / RM625 rebate petrol setiap tahun bermaksud kita menggunakan Vios selama 42.08 tahun.Kita faham bahawa kerajaan memberi rebate sebanyak RM625 setahun, tapi ianya juga bermakna bahawa seseorang perlu menggunakan Vios selama 42.08 tahun bagi mendapat kos sama yang dibayar untuk cukai kerana menggunakan kereta bukan Nasional.Adakah kita akan menggunakan kereta yang sama untuk 42 tahun?Dan sekarang, apabila anda melihat nombor-nombor di atas, adakah ialah adalah subsidi atau penalty? Ianya adalah peningkatan kos, bukan sahaja kos untuk memiliki kereta, malah kos untuk mengerakkan kereta. Harga Coca-Cola 1.5 liter ialah RM3, manakala harga minyak untuk 1.5liter adalah RM4.05.. Jelas bahawa kereta kita lebih banyak minum berbanding kita sendiri!Cukai kereta adalah keuntungan untuk kerajaan. Penjualan petrol adalah keuntungan Petronas (GLC) yang juga ditafsirkan sebagai keuntungan kerajaan. Kerajaan mungkin cuba mengubah tanggapan kita dengan memaksa kita memerhati kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Ramai di antara kita tertipu, tapi kalau anda berfikir ketika membaca artikel ini, apa yang kita baca di media utama adalah sekadar racun.Kita sedar bahawa kos minyak di harga antarabangsa ialah USD130 setong. Kita sedar bahawa harga minyak dunia naik setiap hari. Persoalannya, kenapa saintis antarabangsa masih bertentangan pendapat dengan kenaikan harga minyak? Ramai menyalahkan Bush dan kumpulannya di seluruh dunia, ramai menyalahkan perubahan cuaca dunia, dan ada yang menyatakan bahawa perigi minyak semakin mengurang hasilnya.Supaya lebih jelas, kita ringkaskan dengan angka.1 tong = 159 liter x RM2.70/liter = RM429 ataupun USD134Kita disogok bahawa kita membayar sepenuhnya harga minyak. Mungkin kita tidak sedar bahawa setong minyak mentah hanya menghasilkan 46% petrol.1 tong minyak mentah = 46% petrol (atau separuh).Maka,2 tong minyak mentah = menghasilkan 1 tong petrol.Dengan kata lain, setiap kali kita menjual dua tong minyak mentah, kita akan membeli balik satu tong petrol. Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong dan membeli balik petrol pada harga USD134 setong.Secara teknikalnya,Malaysia menjual 2 tong minyak mentah pada harga USD130 setong = USD260 = RM858Malaysia membeli balik 1 tong petrol pada harga USD134 = RM442 setongKita mendapat lebihan USD126 = RM416 setiap 2 tong yang dijual dengan cara mengeksport vs mengimport satu tong petrol.Maka, kita mungkin baru tersedar bahawa kerajaan kita membuat keuntungan sebanyak USD126 untuk setiap tong yang kita import. (Nilai ini adalah nilai kasar tanpa mengira kos import/eksport dan lain-lain kos)Analisis lain:1 tong minyak mentah = 159 liter46% daripada tong minyak mentah = petrol yang kita guna untuk kereta kita.46% dari 159 liter = 73.14 liter73.14liter x RM2.70 seliter = RM197.48 petrol setong berdasarkan setong minyak mentah. Ini baru 46% dari satu tong. Berdasarkan USD1 = RM3.30, kita akan tahu bahawa setong minyak mentah menghasilkan petrol bernilai USD59.84 (46% dari setong)USD59.84 dari USD130 setong tetap juga menghasilkan 46% dari satu tong.Baki 54% adalah bitumen, kerosene, gas asli, gas natural dan lain lain. Baki USD70.16 tidak diambil kira.PErsoalannya, di manakah perlunya subsidi jika kita hanya membayar 46% dari setong minyak, dan hanya 46% dari setong itu yang digunakan? BUkankah ianya bermaksud kita sudah membayar pada harga penuh sejak sekian lama?Sebenarnya, kita akan tetap membayar untuk semua ini kerana mereka masih mengenakan bayaran dengan cara mewujudkan fuel surcharge oleh syarikat penerbangan, kita tetap menbayar cukai jalan untuk membina jalan (dan plaza tol) kerana jalan dibina dari tar dan bitumen, dan lain lain bayaran yang sememangnya gagal ditulis di dalam kertas.Setiap kali saya memberitahu pelanggan bahawa kos melancong meningkat disebabkan kenaikkan harga petrol, saya bernasib baik kerana mereka tidak berfikir seperti saya. Bayangkan kalau tetiba pelanggan bertanyakan apakah kaitan dengan kenaikan petrol dengan kenaikan harga tiket kapal terbang kerana kapal terbang menggunakan kerosene.Dan sekarang, ahli politik yang tinggal di Putrajaya perlu ke Parlimen beberapa hari seminggu, sejauh 60km sehala, dan seterusnya mendapat ‘ganti rugi’ untuk kos petrol dan tol mereka daripada cukai yang rakyat bayar.BEtapa kelakarnya apabila kerajaan mengumumkan pembahagian rebate sebanyak RM625 untuk setiap kereta di bawah 2000cc. Ironinya, seorang kerani yang memandu Iswara berharga RM10k akan mendapat RM625 setahun sedangkan anak manja menteri yang memandu Satria Neo, Swift, Jazz, Civic 1.8, dan 6 kereta lain lagi yang kesemuanya bernilai RM2juta tetapi tetap di bawah 2000cc akan mendapat RM6250 setahun.Adakah konsep Subsidi kita adalah tepat?Kenaikkan 40% harga petrol meningkat kos petrol saya sebanyak RM245 sebulan, tanpa mengambil kira 99% barangan kegunaan harian yang juga meningkat sebanyak 40%. Mungkinkah perlu MinHomestay dinaikkan harga kepada RM60 semalaman sedangkan petrol tidak digunakan dengan alasan Tuan Rumah juga membeli petrol?Adakah ianya juga bermaksud bahawa pendapatan Perkapita rakyat Malaysia dan pendapatan bulanan perlu dinaikkan 40% supaya sejajar?Kita diberitahu bahawa kerajaan cuba membantu rakyat dengan memberi subsidi. Dan apa yang mereka lakukan sebelum ini menyebabkan kerajaan terpaksa memberi subsidi RM56billion setahun.Fikirkan:Abu ialah seorang nelayan. Dia menangkap ikan di tepi sungai menggunakan jala dan menjual ikan tersebut pada harga RM10 sedangkan harga pasaran ialah RM15. Katanya kosnya ialah 0, kemudian Abu menjual kepada anda sambil mengatakan bahawa harga sebenar ialah RM15, dia memberi subsidi RM5 dan akhirnya di rugi RM5.PErsoalannya, adakah Abu mendapat untung sebanyak RM10 atau rugi sebanyak RM5 yang dianggapnya sebagai subsidi?Jawapannya:Adakah Kerajaan menaikan harga petrol sekadar untuk mengekalkan keuntungan satu pihak?
Tahukah Anda Kerajaan Malaysia Menanggung berbillion ringgit subsidi kpd Singapu
Mungkin diantara kita terleka dan berhujjah berkenaan subsidi Minyak yang kononnya diberikan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno kepada Rakyatnya,Namun ramai diantara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan Malaysia juga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada rakyat Singapura. ada dikalangan pemimpin pembangkang juga gagal menyedarkan rakyat dalam isu ini. Tidakkah kita hairan suatu ketika bila Kerajaan menghalang warga Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga Singapura dimana di sempadan Singapura dikecualikan dari sekatan, kononya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.namun ia hanya satu alasan. pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailand yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada majoriti Cina dari Singapura.bila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan Thailand yang menjadi mangsa. walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras berkualiti dari Thailand. Mengapa pula negara sekecil Singapura yang tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering menjadi anak emas Kerajaan Malaysia.Apakah warga Singapura tidak menyeludup? atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan Malaysia untuk menyeludup? apakah ratusan ribu kenderaan yang menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong semata mata? apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak menyeludup Minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? disini akan saya huraikan apa yang telah kerajaan Malaysia berikan subsidi kepada rakyat Singapura . mereka cukup menekan dan berkira dengan rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.1. Kerajaan Malaysia Memberi Subsidi Air Pada Singapurawalaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan rakyat sendiri, bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura. sebutkan mana mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3sen seribu gelen? malah kerajaan Cina sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen.apakah kos menyeleggara dan kerja kerja membekalkan air pada singapura percuma? apakah kos penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak kata Sharir Samad? berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia kepada Singapura? tidakkah itu subsidi!! itupun kerajaan Malaysia tetap melayan baik Singapura walaupun Negara tersebut terlalu kurang ajar kerana mereka 1sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan. kenapa Kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa. sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara Malaysia dan Singapura. kalau diikut pada kiraan 50sen harga yang patut dijual Malaysia kepada Singapura ini bermakna Malaysia memberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun. inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor.lihat perjanjian tersebut .PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.PERJANJIAN AIR 1990
Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061. 2. Kerajaan Malaysia memberikan Subsidi Minyak kepada Singapura.tahukah anda ratusan ribu kereta singapura menyeberang ke Johor setiap minggu, mengikut statistik penggunaan Minyak dikawasam sempadan dengan Thailand hanya sekitar 10 - 12juta sebulan. manakala jualan minyak disempadan johor ianya mencecah RM 45-50juta sebulan. apakah semua minyak tersebut digunakan warga Johor? kalau diandaikan hanya separuh nilai tersebut digunakan rakyat Singapura Malaysia memberikan hampir 600juta setahun Subsidi berbanding harga pasaran Singapura iaitu RM 5per/litter.itupun dikira murah kerana nilai dollar Singapura 3 kali ganda dari matawang kita.sebenarnya cara kerajaan Malaysia mengstrukturkan semula subsidi minyak inipun gagal menyekat dari rakyat singapura menikmati subsidi. lebih baik adakan sahaja kaunter minyak khas untuk warga asing, selesai masalah.3. Kerajaan Malaysia Memberikan Subsidi Makanan Pada Singapura.Kerajaan Malaysia beria ia menyekat warga thailand membawa keluar minyak masak, tetapi pernahkah Kerajaan Malaysia merampas barangan dari warga Singapura yang mengeluarkan Minyak,Beras,barangan dapur dan Ikan dari sempadan Johor? jawapannya tidak kerana Malaysia tidak berhak mengusik sedikitpun rakyat Singapura. sedangkan kerajaan menekan warga Thailand yang majoritinya adalah sama bangsa dan agama dengan kita.sedangkan kita memerlukan juga beras dari Thailand.kadang kadang sedih melihat bagaimana gula dan minyak 2-3kilopun dirampas. mungkin kerana mereka tidak memakai kereta mewah seperti warga Singapura.inipun dianggarkan jualan disempadan Johor adalah sekitar 100juta.dalam keadaan pendapatan mereka 3 kali ganda dari Malaysia mereka juga diberikan hak Kerajaan Malaysia untuk menikmati subsidi makanan.4. Kerajaan Malaysia beri Subsidi pasir, Tanah dan Pulau kepada Singapura.Seperti mana pendedahan Tun Dr Mahathir yang terbaru, kerajaan Malaysia dibawah paklah telah menjual pasir kepada Singapura, semuanya bagi menampung pembesaran kawasan baru untuk warga singapura hidup selesa walaupun perairan dan kawasan penangkapan ikan rakyat malaysia terjejas. tidak cukup dengan pasir Kerajaan Malaysia juga mengsubsidikan tanah rizab melayu dan wilayah yang menjadi kedaulatannya kepada singapura melalui WPI atas nama pelaburan, dan tunggulah saatnya nanti nasib tanah di WPI akan senasib isu air dan pulau batu putih. semuanya adalah subsidi dengan ehsan kerajaan Malaysia. malah pulau batu putih dan Negara Singapura itupun sebenarnya adalah Subsidi yang diberikan pemimpin Umno terdahulu kepada cina berfahaman komunis iaitu Lee Kuan yew. malah sehingga kini kerajaan Malaysia masih menyambut baik kedatangan pemimpin ini sehinggakan Malaysia sanggup mengeluarkan kos membeli buah Durian yang bernilai RM 24,000 hanya kerana menyenangkan hati pemimpin Singapura. melalui menantunya beberapa kepentingan negara kini juga disubsidikan untuk syarikat pelaburan Singapura iaitu Temasek.Jadi dalam kita menilai sikap kerajaan pada Singapura, berbanding rakyat sendiri , anda kini boleh melihat dengan jelas. mereka menekan rakyat dan menjadikan rakyat Singapura sebagai anak emas mereka. kenapa tidak mereka ungkit sahaja Subsidi air yang telah mereka berikan berpuluh tahun kepada rakyat Singapura.inilah wajah sebenar pemimpin yang menggadaikan kedaulatan Negara. inilah pemimpin UMNO.Lawan tetap lawanreformis muda
Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.PERJANJIAN AIR 1990
Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061. 2. Kerajaan Malaysia memberikan Subsidi Minyak kepada Singapura.tahukah anda ratusan ribu kereta singapura menyeberang ke Johor setiap minggu, mengikut statistik penggunaan Minyak dikawasam sempadan dengan Thailand hanya sekitar 10 - 12juta sebulan. manakala jualan minyak disempadan johor ianya mencecah RM 45-50juta sebulan. apakah semua minyak tersebut digunakan warga Johor? kalau diandaikan hanya separuh nilai tersebut digunakan rakyat Singapura Malaysia memberikan hampir 600juta setahun Subsidi berbanding harga pasaran Singapura iaitu RM 5per/litter.itupun dikira murah kerana nilai dollar Singapura 3 kali ganda dari matawang kita.sebenarnya cara kerajaan Malaysia mengstrukturkan semula subsidi minyak inipun gagal menyekat dari rakyat singapura menikmati subsidi. lebih baik adakan sahaja kaunter minyak khas untuk warga asing, selesai masalah.3. Kerajaan Malaysia Memberikan Subsidi Makanan Pada Singapura.Kerajaan Malaysia beria ia menyekat warga thailand membawa keluar minyak masak, tetapi pernahkah Kerajaan Malaysia merampas barangan dari warga Singapura yang mengeluarkan Minyak,Beras,barangan dapur dan Ikan dari sempadan Johor? jawapannya tidak kerana Malaysia tidak berhak mengusik sedikitpun rakyat Singapura. sedangkan kerajaan menekan warga Thailand yang majoritinya adalah sama bangsa dan agama dengan kita.sedangkan kita memerlukan juga beras dari Thailand.kadang kadang sedih melihat bagaimana gula dan minyak 2-3kilopun dirampas. mungkin kerana mereka tidak memakai kereta mewah seperti warga Singapura.inipun dianggarkan jualan disempadan Johor adalah sekitar 100juta.dalam keadaan pendapatan mereka 3 kali ganda dari Malaysia mereka juga diberikan hak Kerajaan Malaysia untuk menikmati subsidi makanan.4. Kerajaan Malaysia beri Subsidi pasir, Tanah dan Pulau kepada Singapura.Seperti mana pendedahan Tun Dr Mahathir yang terbaru, kerajaan Malaysia dibawah paklah telah menjual pasir kepada Singapura, semuanya bagi menampung pembesaran kawasan baru untuk warga singapura hidup selesa walaupun perairan dan kawasan penangkapan ikan rakyat malaysia terjejas. tidak cukup dengan pasir Kerajaan Malaysia juga mengsubsidikan tanah rizab melayu dan wilayah yang menjadi kedaulatannya kepada singapura melalui WPI atas nama pelaburan, dan tunggulah saatnya nanti nasib tanah di WPI akan senasib isu air dan pulau batu putih. semuanya adalah subsidi dengan ehsan kerajaan Malaysia. malah pulau batu putih dan Negara Singapura itupun sebenarnya adalah Subsidi yang diberikan pemimpin Umno terdahulu kepada cina berfahaman komunis iaitu Lee Kuan yew. malah sehingga kini kerajaan Malaysia masih menyambut baik kedatangan pemimpin ini sehinggakan Malaysia sanggup mengeluarkan kos membeli buah Durian yang bernilai RM 24,000 hanya kerana menyenangkan hati pemimpin Singapura. melalui menantunya beberapa kepentingan negara kini juga disubsidikan untuk syarikat pelaburan Singapura iaitu Temasek.Jadi dalam kita menilai sikap kerajaan pada Singapura, berbanding rakyat sendiri , anda kini boleh melihat dengan jelas. mereka menekan rakyat dan menjadikan rakyat Singapura sebagai anak emas mereka. kenapa tidak mereka ungkit sahaja Subsidi air yang telah mereka berikan berpuluh tahun kepada rakyat Singapura.inilah wajah sebenar pemimpin yang menggadaikan kedaulatan Negara. inilah pemimpin UMNO.Lawan tetap lawanreformis muda
Tenaga Nasional Berhad.
Sebuah Artikel Dari Seorang KenalanTNB berura-ura dan tidak mustahil nak ambil kesempatan sempena menyambut kenaikan harga minyak.mereka pun mencari akal nak naikkan takrif letrik berdasarkan harga minyak...memang agak malang kita sebagai pengguna@rakyat dibebankan dengan bermacam2 benda.Minyak dan segala barangan boleh diumpamakan sepucuk JALA...jika pucuk jala (minyak) ditarik keatas@atau dinaikkan...maka segala lobang-lobang benang yg banyak...termasuk batu-batunya sekali akan ikut pucuknya naik...Sekarang kita nak tengok telatah TNB pula...dan Setiap kali minyak naik maka keluarlah musang-musang kat kaca TV berbunyi TNB tak mampu menanggung beban kenaikan harga minyak untuk menjalankan operasi JANALETRIK sebab kos tinggi.Tahukah anda apa yang TNB tipu kita..?Dulu...LEMBAGA LETRIK NEGARA diswastakan menjadi...Tenaga Nasional Berhad selepas semua EMPANGAN AIR siap dibina dengan duit rakyat kemudian diswastakan.Empangan yang besar :1 - Empangan Pedu - Kedah2 - Empangan Temenggor - Perak3 - Empangan Kenyir - TerengganuEmpangan kecil ada lagi tetapi tak perlu masuk senarai kita bongkar yang besar-besar ini dulu...terutama Empangan Temenggor dan Empangan Kenyir...
Empangan PeduSetiap empangan ini ada sekurang-kurangnya 3 buah(unit) TURBIN untuk menjana letrik menggunakan air tanpa menggunakan setitik pun minyak,diesel@seketul pun arang batu.Tujuan asal pembinaan Empangan2 ini adalah untuk menakung air minuman dan yang lebih mustahaknya untuk menjana elektrik...berapa peruntukan telah terbenam disana?Persoalannya ialah...Kenapa pemimpin ular sawa ini menghalang dari menguatkuasakan penjanaan turbin2 itu...hanya dibenarkan 1 buah turbin di Kenyir dan mungkin satu lagi di Temenggor.Kenapa turbin yang lain di tidurkan sekian lama?Mungkin ini sebabnya...Orang politik nak bisnes nak cari duit senang...jika semua turbin di dua empangan tersebut dijalankan,kerajaan tiada alasan untuk menaikkan takrif eletrik kerana penjanaan didua empangan tersebut mampu supply eletrik seluruh semenanjung,singapura dan sebahagian Thailand dengan harga yang amat murah.
Empangan TemenggorMungkin kerana orang politik nak bisnes...mereka STOP sebahagian besar operasi turbin (yang memang murah harganya untuk rakyat) dan mencari akal serta menwujudkan jana letrik swasta yang banyak dibina ditepi laut seperti yang anda sedia maklum stesen janakuasa tersebut semuanya menggunakan minyak diesel dan arang batu.Yang sedih nya kerajaan dipaksa sign kontrak mesti membeli letrik dari stesen-stesen politik ini dan kongkong operasi turbin empangan.Operasi stesen-stesen itu sahaja yang selalu diwar-warkan..dan diperbesar-besarkan dalam TV/media mengatakan kos operasi letrik tinggi dan bermacam-macam lagi akibat kenaikan harga minyak dan arang batu. APA SUDAH JADI NI???Kenapa tak pernah tunjukkan kos operasi Turbin empangan yang menggunakan air itu..?Kesian rakyat Malaysia di perbodoh-bodohkan oleh pemimpin-pemimpin ular sawa .NGO dan pembangkang hendaklah segera buat kajian terperinci tentang kemampuan janakuasa empangan2 tersebut dan bangkitkan diPARLIMEN kenapa yang murah,di tahan...yang mahal dipaksa rakyat bayar? Perkara ini sudah lama berlaku.Kini masanya di bongkar.Mengapa Janakuasa swasta ini wujud dengan banyak siapa disebalik stesen2 tersebut dan kenapamereka memaksa kerajaan sign kontrak membeli letrik dari stesen swasta tersebut.(Jika disoal mereka dah siap jawapan...untuk support jika janaletrik empangan rosak)sebenarnya mereka nak bisnesJika nak bisnes.......ok tiada masalah generate power jual sendiri lawan harga letrik empangan. Macam telefon memasing ujudkan Digi, Maxis, celcom dan lain-lain memasing melawan menawarkan line mereka murah rakyat puas hati memilih dan menikmati benda yang diswastakan.....macam itu baru betul....kerajaan kenapa tidak suruh TNB dan Stesen tepi lauttersebut lakukan macam line telefon itu???
Empangan KenyirAda sumber letrik (empangan) harga yang murah untuk dinikmati rakyat tapi kenapa diarah Slow-Down operasinya.....dan MENGAPA? mengujudkan janaletrik swasta dan paksa rakyat membayar dengan harga setiap tahunsemakin tinggi??? Why..why..why...Jika orang politik ular sawa nak bisnes carilah benda lain...jangan lah nak dapat duit dengan memulas perut rakyat??Dari...keladi gatai...bukan sumer rakyat boleh ditipu!!!"
Petrol wise subsidy foolish
Itulah pepatah yang paling tepat ke atas keputusan Kerajaan menaikkan harga petrol. Saya minta Menteri Kewangan minta pegawai-pegawai mereka kira balik berapa yang mereka dapat dari kenaikan harga dan berapa yang mereka akan belanjakan bagi “meringankan beban rakyat". Saya sudah buat perkiraan “tidak professional” dan mendapati bahawa dari segi kewangan, it is a zero sum game. Kenaikan harga petrol sebenarnya langsung tidak diperlukan. Kos pengeluaran petrol di Malaysia adalah sekitar RM 0.92 seliter, setelah mengambilkira kos inflasi pengurusan dan senggaraan. Pada harga RM 1.92, industri minyak telah mendapat keuntungan yang besar. Buktinya keuntungan petronas sebagai contoh. Buktinya, Petronas mampu membazir dalam perbelanjaan.Kenaikan harga petrol di dunia, walaupun sehingga RM 200 setong, tidak sedikit pun menjejaskan keuntungan Petronas walaupun pada harga kekal RM 1.92 kerana kos pengeluaran petrol dan diesel di Malaysia tidak berubah. Kenaikan harga hanya akan meningkatkan lagi keuntungan Petronas. Dan meningkatkan lagi hasil cukai Kerajaan.Kenapa ada elemen subsidi? Kerajaan kena jelaskan ini. Selama ini Kerajaan menyuapkan elemen subsidi minyak kepada minda rakyat untuk justifikasi kenaikan harga. Subsidi apa?Kerajaan juga menyuapkan fakta negara lain yang menaikkan harga petrol mereka. Kenapa perlu bandingkan dengan negara yang menaikkan harga? Kenapa tidak bandingkan dengan negara yang harga runcit petrol kekal jauh lebih rendah dari Malaysia?Keputusan menaikkan harga petrol dan diesel bukan sahaja menyebabkan kesukaran kepada rakyat tetapi menimbulkan pelbagai kekecohan pentadbiran dan kewangan. Analisis kos faedah “tidak professional” pula menunjukkan bahawa impaknya adalah negatif. Maknanya keputusan menaikkan harga petrol dan diesel yang disertakan oleh langkah-langkah “meringankan beban rakyat” tidak sepatutnya dilaksanakan.Cadangan saya kepada Menteri Kewangan, sekiranya pegawai-pegawai YAB tidak berkemampuan untuk melakukan perkara yang saya sebut dalam para pertama, saya boleh melakukannya bagi pihak mereka dengan syarat mereka perlu meletak jawatan. Tetapi saya yakin mereka berkemampuan. Saya juga yakin mereka mampu membuat analisis kos faedah ke atas langkah menaikkan harga petrol dan diesel beserta langkah-langkah “meringankan beban rakyat”.Percayalah! Kalau mereka melakukannya secara professional, outputnya akan sama dengan output saya yang "tidak professional"."
Wednesday, June 11, 2008
UMNO perbodoh rakyat dengan istillah subsidi petrol
Harga minyak naik kerana kerajaan BN tak sanggup lagi membayar subsidi petrol untuk mengekalkan harga rendah petrol. Itulah yang kita baca dan dengar dari media pembohong sekarang.Ramai mengangap kerajaan BN keluar duit untuk bayar subsidi dan tanggung kos minyak mahal. Semua nya BOHONG BN kepada rakyat."". hendak lah diketahui bahawa 43 % dari harga yang kita bayar untuk selitre petrol yang kita curah dalam kereta kita adalah bayaran cukai kepada kerajaan Dollah Tak Cekap. Ianya sudah dikira dalam harga petrol itu tanpa disedari.. """Oleh kerana malaysia mempunyai minyak dan minyak itu bukan milik Petronas dan kerajaan tetapi milik rakyat , maka minyak di perut bumi terengganu hanya perlu kos korek dan tapis untuk terus di gunakan oleh rakyat. Kalaulah kerajaan mahu memberi free minyak kepada rakya saperti Selangor beri air free pada rakyat maka harga minyak hanya 20 percent dari harga sekarang ia itu 54 sen se litre.
Kalaulah yang bercakap itu adalah Menteri perdagangan Vietnam yang tak ada minyak dalam negaranya..itu mungkin betul. Vietnam tak ada minyak diperut bumi nya maka setiap titik minyak mentah atau petrol mesti dibeli dari negara lain. Yang peliknya , yang bercakap itu adalah PM Dollah UMNO malaysia yang merupakan pengeksport minyak
Kita perlu mengetahui beberapa fakta penting untuk berbincang tentang harga minyak ini.1. hendak lah diketahui bahawa 43 % dari harga yang kita bayar untuk selitre petrol yang kita curah dalam kereta kita adalah bayaran cukai kepada kerajaan Dollah Tak Cekap. Ianya sudah dikira dalam harga petrol itu tanpa disedari.2. Apabila Kerajaan mengatakan kerajaan memberi subsidi ini bermakna kerajaan tidak mengeluarkan duit untuk memberi kepada pengguna tetapi tidak mengambil cukai 43 persen dari jualan minyak.3. Oleh kerana malaysia mempunyai minyak dan minyak itu bukan milik Petronas dan kerajaan tetapi milik rakyat , maka minyak di perut bumi terengganu hanya perlu kos korek dan tapis untuk terus di gunakan oleh rakyat. Kalaulah kerajaan mahu memberi free minyak kepada rakya saperti Selangor beri air free pada rakyat maka harga minyak hanya 20 percent dari harga sekarang ia itu 54 sen se litre.4. Kerajaan masih boleh mentadbir tanpa duit cukai minyak atau menjual minyak mentah dengan mendapat rakyat yang hidup luar paras miskin dan kos perkhidmatan yang sangat murah.5. Tunjuk perasaan 100 ribu adalah legal dan mesti di laksanakan kerana dengan membiarkan kerajaan menentukan bebanan cukai tidak tertanggung kepada rakyat maka kerajaan akan dapat di kawal oleh rakyat.Isu minyak sebahagian besar nya adalah isu kezaliman kerajaan mengenakan cukai tinggi pada rakyat.6. Harga minyak tinggi di pasaran dunia tidak sepatutnya menjadi isu kerana Malaysia bebas tidak mahu menjual minyak kepada orang lain atas alasan rakyat sendiri kekurangan minyak.7. Cadangan kerajaan untuk rakyat mengubah cara hidup adalah berniat menghina kerana rakyat telah tidak dapat menambah pendapatan kerana dasar kerajaan memberi pekerjaan kepada buruh asing8. Dollah patut letak jawatan segera besama menteri rambut putih shahrir kerana mereka berdua telah meletakkan negara dalam keadaan bahaya dengan mengubah struktur ekonomi rakyat dengan tanpa perbincangan dengan rakyat.
Posted by AhmadHadeed at 6:53 PM
Fakta Tentang Petronas
Soalan 2Berikut adalah beberapa soalan yang boleh dikemukakan oleh rakyat Malaysia kepada Petronas Carigali , TCOT dan juga Petronas Penapisan.Soalan 1Berapakah jumlah pengeluaran minyak mentah Malaysia setiap hari , bulan dan tahun ?JawapanMalaysia mengeluarkan sebanyak 750,200 tong minyak sehari , atau 22, 506,000 tong sebulan atau 8,214,690,000 tong setahunSoalan 2 Berapakah jumlah kapasiti pengeluaran kilang penapis minyak milik Petronas di Malaysia
JawapanMalaysia mempunyai kilang menapis minyak dengan kapasiti berikut
i. Kertih , Terengganu 63,500 tong sehari
ii. Melaka Kompleks 1 100,000 tong sehari
iii. Kompleks 2 sebanyak 100,000 tong sehari
Soalan 3
Dari mana punca minyak mentah yang digunakan oleh kilang penapis Petronas di Kertih dan Melaka ?
Jawapan
Semua sumber minyak mentah yang digunakan oleh kilan – kilang penapisan tadi adalah diperolehi dan dibekalkan dari telaga di pesisir pantai Terengganu , iaitu dari jenis Malaysian light, sweet crude
Soalan 4
Terangkan secara ringkas bagaimanakah proses pengerudian , penghantaran , pengasingan dan penapisan dijalankan ?
Jawapan
Minyak yang disalur dari lapangan , offshore oleh Petronas Carigali ke TCOT – Terengganu Crude Oil Terminal , akan melalui proses pengasingan bagi menghasilkan crude oil dan seterusnya dihantar ke Kilang Penapisan Petronas di Kertih dan Melaka untuk proses penyulingan. Sebahagian besar dari crude oil keluaran TCOT tadi akan disalurkan ke Jeti Kertih , bagi tujuan eksport
Soalan 5
Berapakah harga minyak mentah jenis Malaysian light, sweet crude yang digerudi dan digali dari pesisir pantai Terengganu dijual oleh Petronas Carigali kepada Petronas Penapisan Sdn Bhd ?
Jawapan
Tidak diketahui.. Tetapi kemungkinan besar ianya mengikut harga pasaran antarabangsa , walaupun akhirnya nanti hasil minyak tadi adalah untuk dijual dan kegunaan tempatan.
Soalan 6
Adakah Petronas Carigali bersedia menjual dan menetapkan harga minyak mentah kepada Petronas Penapisan , mengikut harga yang lebih rendah , dan tidak mengikut harga pasaran antarabangsa.
Jawapan
Tidak pasti. Tetapi bagi mengaut keuntungan yang lebih besar , adalah elok Petronas Carigali menjualnya kepada Petronas Penapisan mengikut harga antarabangsa, walaupun akhirnya sebenarnya miyak tersebut adalah untuk kegunaan domestik , iaitu rakyat Malaysia.
Soalan 7
Adakah Petronas Carigali , TCOT dan Petronas Penapisan Sdn Bhd bersedia untuk berunding bagi menetapkan harga yang berpatutan iaitu yang lebih rendah , bagi meringankan beban rakyat ?
Jawapan
Tidak pasti. Ini kerana kumpulan Petronas telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri , iaitu dengan kawalan sepenuhnya oleh Perdana Menteri Malaysia.
Soalan 8
Berapakah jumlah pendapatan , perbelanjaan dan keuntungan tahunan Petronas Carigali Sdn Bhd ?
Jawapan
Sila dapatkan laporan tahunan dan audit syarikat
Soalan 9
Berapakh jumlah pendapatan , perbelanjaan dan keuntungan tahunan Petronas Penapisan Sdn Bhd ?
Jawapan
Sila dapatkan laporan tahunan dan audit syarikat
Soalan 10
Berapakah aset terkumpul kumpulan Petronas , jumlah pendapatan , jumlah perbelanjaan , jumlah keuntungan , jumlah royalti yang dibayar kepada negeri Terengganu , Sabah dan Sarawak , sejak tahun 1974 ?
Jawapan
Tidak pasti. Ini kerana tidak ada rekod yang dikemaskini. Semuanya dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri dengan kawalan mutlak Perdana Menteri.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih dengan kerjasama yang diberikan. Maklumat ini adalah untuk tatapan rakyat Malaysia.
Sekian, terima kasih
Nota
Jawapan disediakan bagi tujuan perbandingan dengan ulasan dan jawapan – jawapan yang akan diberikan oleh pihak pengurusan Petronas
Tuan – tuan dan puan – puan boleh membuat perbandingan nanti
Keputusan akhir adalah terpulang kepada budi bicara tuan – tuan dan puan – puan sekalian, samada kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78 sen bagi petrol dan RM1.00 bagi diesel adalah memadai atau perlu dinaikkan lagi bagi menambahkan lagi tahap keuntungan Petronas
Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya berkorban apa sahaja , jiwa raga dan harta benda demi untuk kemajuan dan kekayaan negara , anak cucu kita dan syarikat minyak milik negara kita , iaitu Petronas.
Pengumuman
Program Latihan & Akreditasi Pengurus Projek Pembinaan, Program Latihan & Akreditasi Pengurus Pembentungan Pembinaan dan Program Latihan Pengurusan & ICT - Layak mendapat 5 jam CPD sehari oleh Lembaga Jurutera Malaysia.Program Latihan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pembinaan (CSHO) - Layak mendapat 5 jam CPD sehari dan di iktiraf sebagai CEP oleh DOSH.
Draft Construction Industry Standard For Public Comment- CIS 10:2008 Safety and Health Assessment System in Construction
Iklan Jawatan
Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia 2008 (MCIEA 2008)
Draft Construction Industry Standard For Public Comment- CIS XXX:2008 Quality Assurance For Prefabricated Lightweight Steel Roof Truss System
CIDB ISO 9001 DIY Scheme
CIDB Ke Arah Persijilan OHSAS 18001:2007 Dan MS 1722:2005
Program Latihan Kemahiran Belia Industri Pembinaan
Borang Permohonan Pelawaan Pentauliahan Penyedia Latihan CIDB
Sistem Perkhidmatan SMS CIDB
Subscribe to:
Posts (Atom)