Monday, January 7, 2008

AKADEMI BINAAN MALAYSIA TIMUR















Matlamat ABM

  • Melahirkan lebih ramai pekerja binaan tempatan yang mahir dan separuh mahir supaya dapat mengurangkan pergantungan negara kepada tenaga pekerja asing.

  • Menyediakan kursus-kursus kemahiran binaan yang lebih tersusun dan diiktiraf; dijalankan oleh tenaga pengajar profesional yang berpengalaman luas dan terlatih.

  • Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, mempunyai kesedaran terhadap keselamatan, berorientasikan kualiti dan cekap bagi memenuhi keperluan industri pembinaan yang semakin pesat berubah.

  • Menyediakan peluang kepada pekerja binaan untuk mempertingkatkan tahap kemahiran mereka dari semasa ke semasa.

  • Menyokong industri pembinaan mencapai daya saing dengan menyediakan tenaga binaan yang mempunyai tahap kemahiran sewajarnya bagi mengendalikan teknologi pembinaan yang semakin canggih.

  • Membangun dan merintis laluan mengeksport tenaga kerja pakar yang terlatih untuk menjalankan kerja pembinaan di luar negara.

  • Menjalankan program akredasi kemahiran.

MISI ABM

“MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA BAGI MENINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA”
“TO DEVELOP HUMAN RESOURCES FOR IMPROVING THE QUALITY AND PRODUCTIVITY OF THE MALAYSIAN CONSTRUCTION INDUSTRY”

No comments: